BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, July 25, 2009

CERPEN~ceRitAku..~

teringat saat itu....sebak di dada sebaik sahaja berita itu sampai kepadaku. Aku tahu dia gembira.. Aku tumpang gembira dan bersyukur dengan segala kurniaaNya kepada hambaNya itu. Aku tahu, keputusan itu adalah keputusanya yang terbaik. Takkan aku meluahkan ketidaksenangan hatiku menerima berita darinya itu. Sekalung tahniah ku ucapakan kepadanya walaupun hatiku sendiri sebak. Tawaran ke Kolej Yayasan dalam bidang pengajian agama... tawaran yang sering dinantikan....

Genap dua tahun dia disana... suatu hari,
'bip bip..'

" Abang minta maaf.... abang tidak mampu melawan rasa hati abang pada dia..."

Tuhan sahaja tahu perasaanku saat itu..bagaikan jantung berhenti berdegup untuk seketika.. Aku berlagak tenang... Rupanya, itu yang disembunyikan selama ini..ku sangka, dia sibuk dengan pelajaranya sehingga tiada masa walaupun sesaat untuk bertanya khabar beritaku....
Aku berlagak tenang...walhal dalam hatiku...DIA saja yang tahu..sistem pesanan ringkasnya tidak ku balas...ketenanganku lebih penting saat itu....

semalaman ku bersujud pada Ilahi mencari ketenangan..kekuatan untuk ku berhadapan dengan ujian dariNya...Aku perlu akur dan redha dengan ketentuaNya bahawa dia bukan miliku.....itu rencana Ilahi.....dia bukan miliku..

" Terima kasih atas kejujuran anta pada ana.. pertamanya, seribu kemaafan ana pohon kerana lambat membalas sms anta...ana mencari ketenangan untuk sementara...Bukan salah anta bila timbul rasa sayang dalam diri anta untuknya... itu fitrah kejadian manusia...dan rencana DIA.. Ana gembira kalau piliham anta itu adalah pilihan yang terbaik untuk diri anta..ana percaya pilihan anta... ana doakan kebahagianya bersama anta...semoga anta bahagia... dan terima kasih ana ucapakan atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang pernah anta curahkan pada ana..dan ana mohon maaf atas segala kesilapan ana pada anta... salam sayang..

~umairah~


0 comments: