BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, June 18, 2009

sEdAr TaK SeDAR ='( ~~

Kiamat hampir tiba....=(
Untuk para sahabat ku sekalian alam..
Kiamat Kian Hampir bila ...
1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari
~ dah berlaku....
2) Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." Sahih Muslim
~ Dah nampak kan...
3) Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan luka. "Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) & penyanyi2 wanita" - Ibnu Majah
~ S'pore Idol, M'sian Idol, AF, Audition, AIM, AJL, Bintang RTM, Anugerah tu anugerah ni..renungkan teman...
4) Menghias masjid & membanggakannya.
"Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" Riwayat Nasai.
~ Jelaskan..?. Masjid canggih, besar. Tapi makmumnya boleh dibilang dgn jari..
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.
~ Ada anak yang tak mengaku ada mak dan ayah sebab malu. Ada yang sanggup putuskan silaturahhim pun...~~ Jauhkan la Ya Allah...~

0 comments: